TEMPOH hari lalu, kami ada melaporkan berita mengenai bapa kepada penyanyi Indonesia, Cita Citata yang terlantar di hospital akibat penyakit kronik.
Nampaknya, kepiluan terus melanda hati penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini apabila bapanya disahkan meninggal dunia Isnin lalu berikutan serangan kanser.
Berita sedih itu dimaklumkan oleh Cita sendiri menerusi laman Instagram baru-baru ini.
“Ayah sekarang sudah tidak menderita menahan sakit lagi. Semoga roh ayah tenang di syurga. Cita sayang ayah,” tulis Cita.
Bapa Cita iaitu Herdi Suwito yang merupakan seorang bekas pengusaha kasut dikatakan sudah lama menderita penyakit barah dan dirawat di sebuah hospital di Bandung sejak tiga bulan lalu.
Susulan berita pemergian ayahnya, Cita yang sibuk dengan jadual seninya telah menangguhkan persembahannya di Pontianak, Kalimantan dan bergegas pulang ke Bandung untuk memberikan penghormatan terakhir.
0 Response to "Al-fatihah.. Berita amat sedih buat peminat lagu ''sakitnya tuh di sini''.. Semoga tenang disana.."
Post a Comment