Rasa curiga seorang suami selepas permintaan
melakukan hubungan kelamin ditolak isteri,
membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit
yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan
‘kekasih gelap’ yang juga majikannya di sebuah
rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh
bulan lalu.
Isteri cantik curang
Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin
terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit
isterinya, malam kelmarin.
Menurut sumber, kejadian berlaku kirakira jam 11.30
malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin
melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri
kononnya kepenatan kerana bekerja.
“Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering
singkat diikuti bunyi SMS, menyebabkan suami
wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila
melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar
seorang lelaki.
“Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri
berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi
tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami
menyebabkan wanita mengakui menjalinkan
hubungan dengan majikan,” katanya.
Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan
pengakuan isterinya kemudian memanggil individu
berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi
mendapatkan penjelasan.
Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan
seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia
diakui wanita terbabit.
“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan
hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari
pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan
yang terletak berhampiran tempat kerja wanita
berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, suami wanita itu kemudian
memanggil imam di kampung berkenaan, Imam
Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang
kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis
Putatan.
Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu
bekerja di sebuah kedai runcit milik lelaki terbabit di
Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki
berkenaan.
“Keduadua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis
Putatan untuk diambil keterangan sebelum
dibebaskan dengan ikat jamin.
“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80,
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah
kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.
Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka
menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan
kejadian itu.
Home » Uncategories » ISTERI TOLAK AJAKAN BATIN SUAMI KERANA PENAT BERZINA 2 KALI SEHARI DENGAN KEKASIH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "ISTERI TOLAK AJAKAN BATIN SUAMI KERANA PENAT BERZINA 2 KALI SEHARI DENGAN KEKASIH"
Post a Comment