Pemain bolasepak Liga Super kantoi khalwat dengan pelajar Farmasi


Memang gempak la seorang pemain bola sepak berusia 21 tahun bagi pasukan Liga Super kantoi dengan warden asrama di pusat latihan bawa awek berusia 20 tahun masuk yang juga seorang pelajar jurusan farmasi ke bilik dia. 

Difahamkan, disebabkan terkejut dengan pemeriksaan bilik ke bilik dan punya nak mengelak diorang kena tangkap bersama, si awek pemain tu sanggup membahayakan diri dan parah terjatuh dari tingkat tiga masa nak cabut lari. 

Alaaa sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga ye tak?? Ni mesti bukan pertama kali buat cenggini, kan?? Entah­entah sebelum ni dah pernah buat sebab tu berani bawa masuk awek sampai ke bilik. Cuma kali ni aje dapat dikesan! 

Diorang buat pemeriksaan bilik ke bilik ni pun sebab diorang tengok CCTV, dalam rakaman menunjukkan pemain tu menggunakan lift angkut barang nak menyelinap awek dia masuk. Dramatik sungguh pasangan tu noh, ingat dok belakon ke apa! 

Menurut sumber, masa warden dengan beberapa orang anggota keselamatan yang lain tu buat spot check dari bilik ke bilik tu pemain tu seorang diri aje kat bilik tapi kantoi selepas bunyi bising kat tingkat satu. 

Rupa­rupanya yang bunyi bising tu dipercayai perempuan tu terjatuh dari tingkat tiga dan terbaring kesakitan. Diorang pun dah mengenalpasti perempuan tu sama dengan perempuan yang dalam rakam CCTV. 

Disebabkan tindakan bodoh perempuan tu, la ni dia dok merana patah tulang betis, pergelangan kaki dan berkemungkinan tulang belakang sekali. Si peman tu ditahan sampai siasatan selesai.

Macam­macam idea tercetus kalau nak buat jahat ni, bila kantoi merana badan menanggung!

0 Response to "Pemain bolasepak Liga Super kantoi khalwat dengan pelajar Farmasi"

Post a Comment