Penumpang feri Pulau Pinang hari ini terkejut selepas sebuah kapal selam milik Australia lengkap dengan peluru
berpandu telah timbul berhampiran dengan laluan feri yang dinaiki mereka.
Kehadiran Kapal Selam HMAS Sheean milik Tentera Laut Australia tersebut menjadi perhatian ramai rakyat
P.Pinang khususnya penumpang Feri yang sedang berulang alik dari Pulau ke Tanah Besar.
Kapal selam berkuasa diesel-elektrik lengkap peluru berpandu itu muncul pada 11 pagi dan difahamkan akan
berlabuh di Pulau Pinang sehingga 2 Oktober ini.
Menurut wakil Tentera Laut (RNO) Pulau Pinang dipetik berkata, HMAS Sheean akan merapat ke Pulau Pinang
bermula hari ini sehingga 2 Oktober ini dan dijadualkan melakukan kunjungan hormat kepada RNO Pulau Pinang
hari ini.
Selepas selesai mendarat di Pulau Pinang HMAS Sheean akan meneruskan pelayaran ke Kota Kinabalu, Sabah dan
akan menjalani latihan dengan KD TAR pada 12 dan 13 Oktober ini.
Difahamkan, selepas selesai latihan kapal selam berkenaan akan berlayar pulang ke Pengkalan Laut mereka di Barat Australia.
Orang ramai diminta bertenang berikutan tersebarnya gambar-gambar ini di media sosial di mana ada mendakwa
ia menggugat keselamatan negara dan sebarang spekulasi bukan-bukan perlulah dihentikan.
Home » Uncategories » Punca Sebenar Kapal Selam Lengkap Berpeluru Berpandu Timbul Tiba Tiba Di Pulau Pinang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Punca Sebenar Kapal Selam Lengkap Berpeluru Berpandu Timbul Tiba Tiba Di Pulau Pinang"
Post a Comment