Siapa sangka inilah 10 selebriti terkenal yang menjadi mangsa kerakusan politik di Malaysia


SIAPA SANGKA!! INILAH 10 SELEBRITI TERKENAL YANG MENJADI MANGSA KERAKUSAN POLITIK DI MALAYSIA |Sebenarnya 10 nama yang disebut hanyalah segelintir mangsa-mangsa politik Red Bean Army (RBA). Sekiranya hendak disenaraikan kesemua mangsa-mangsa RBA, mungkin sebuah buku diperlukan untuk menghabiskannya. Penulis berharap rakyat Malaysia dapat bersatu padu menentang kekejaman, kezaliman, kejahatan dan keburukan RBA di alam maya demi perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara.

Kita perlu ingat setiap individu yang di aibkan oleh RBA adalah manusia yang memiliki perasaan serta ibu yang melahirkan mereka. Budaya politik yang begitu jijik dan ekstrem sebegini seharusnya dihentikan. Ramai sudah terluka, pasrah, hilang punca pendapatan, hilang imej dan kredibiliti disebabkan fitnah dan cerita rekaan RBA.

Tan Sri Michelle Yeoh
10%2BSelebriti%2BTerkenal%2BYang%2BMenja

Apabila Tan Sri Michelle Yeoh bercadang untuk bersama-sama Perdana Menteri dalam satu jamuan majlis makan malam bersama 60,000 masyarakat Cina di Klang maka pelbagai serangan yang tidak bertanggungjawab dilancarkan terhadap beliau.

Mereka melabelkan beliau sebagai pengkhianat negara dan pelbagai lagi label kesat. Realitinya, Lim Guan Eng juga menjemput seorang artis dari Taiwan iaitu Lin Chi Ling dalam satu majlis pelancaran di Pulau Pinang satu ketika dahulu tetapi tidak pula menerima sebarang serangan daripada penyokong BN.

Harian Metro pernah melaporkan Abby Abadi yang menyertai Pas dibayar sebanyak RM2,000 untuk setiap penampilan politik tetapi Tan Sri Michelle Yeoh yang secara sukarela pula menjadi sasaran politik RBA.

Mereka juga melancarkan laman page (https://www.facebook.com/BoycottMichelleYeoh) untuk menyeru masyarakat Malaysia supaya memboikot beliau.

Leng Yein
10%2BSelebriti%2BTerkenal%2BYang%2BMenja

Leng Yein merupakan antara model yang paling terkenal dalam industri peragaan dalam kalangan masyarakat Cina.

Namun begitu, serangan terhadap Leng Yein bermula apabila beliau bangkit mempertahankan hak wanita yang ditindas oleh seorang lelaki yang sering mengancam keselamatan wanita di negara ini dan Leng Yein membawa isu ini kepada Datuk Seri Michael Chong di Wisma MCA.

RBA akhirnya mempolitikkan isu ini hanya kerana Leng Yein memuji Datuk Seri Michael Chong dan mengatakan beliau dan MCA sudah banyak membantu masyarakat Malaysia.

Mereka melabel Leng Yein sebagai pelacur murahan, pengkhianat bangsa dan juga melancarkan boikot terhadap kesemua syarikat penaja yang menaja Leng Yein. Syarikat KUMO Leng Yein di Pavillion juga terpaksa ditutup kerana berdepan serangan bertubi-tubi RBA.

Laman page untuk memboikot Leng Yein turut dilancarkan (https://www.facebook.com/WeFullyBoycottLY) dan mereka terus mencipta pelbagai penipuan, fitnah dan dakwaan terhadap Leng Yein untuk menjejaskan imejnya.

Kini Leng Yein terpaksa hidup dengan ramai musuh. Kini, periuk nasi Leng Yein terjejas teruk dan RBA begitu kejam sehingga sanggup merosakkan periuk nasi seorang individu demi nafsu politik mereka.

Institusi Beraja Yang di-Pertuan Agong

Red Bean Army (RBA) melancarkan serangan terhadap Yang di-Pertuan Agong apabila baginda bertitah supaya rakyat Malaysia menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Wong Kim May
10%2BSelebriti%2BTerkenal%2BYang%2BMenja

Wong Kim May merupakan seorang gadis muda yang masih lagi belajar. Beliau hanya merakamkan sebuah video pengiklanan mempromosikan BN.

Sehubungan itu, Kim May menerima beratus-ratus ancaman bunuh dan rogol selepas itu. Emosi Kim May masih belum lagi pulih sepenuhnya sehingga ke hari ini.

Beliau menderita trauma yang agak mendalam. RBA yang tidak berperikemanusiaan sanggup melakukan apa-apa sahaja walaupun terhadap seorang gadis muda yang tidak berdosa.

Jackie Chan

DAP and Dong Zong membawa 4,000 orang untuk membuat protes supaya sebuah sekolah Cina dibina di Kuantan.

Akhirnya, kerajaan BN membenarkan pembinaan sekolah di Kuantan. Peliknya, apabila wang diperlukan untuk pembangunan sekolah Chung Hwa di Kuantan, tiada seorang pun dari DAP mahupun Dong Zong sanggup memberi sebarang sumbangan walaupun 1 sen untuk pembangunan sekolah Cina yang mereka perjuangkan.

Jika 4,000 orang yang digunakan oleh protes dan seorang menderma RM 1 juga akan sekurang-kurangnya dapat menyumbang RM4,000.

Ketika protes maka semua keluar namun apabila sumbangan diperlukan maka batang hidung juga tidak kelihatan.

Akhirnya, Jackie Chan dijemput untuk meningkatkan dana pembangunan Sekolah Cina Chung Hwa di Kuantan. Malangnya, Jackie Chan turut menjadi mangsa RBA hanya kerana cuba membantu. Isu ini membangkitkan kemarahan dunia hiburan Cina di seluruh dunia apabila Cyber Trooper dan RBA yang tidak rasional dalam perjuangan politik mereka menjadikan Jackie Chan sebagai seorang mangsa mereka.

Shen Yee Aun (SYA)
Penganalisis Politik,
Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia,
Pengasas blog SYA For The Nation

Serangan dilancarkan terhadap saya hanya kerana saya amat suara terhadap kepincangan DAP dan Pakatan Rakyat. Setiap gambar saya dengan rakan-rakan dan keluarga disebarkan dengan meluas dengan ayat seperti Mereka Adalah Pelacur Murahan SYA.

Video saya juga diedit untuk mencalar imej saya dalam kalangan masyarakat Cina. Akhirnya, saya dilabel sebagai Perkasa Cina, pengkhianat bangsa, anjing dan sebagainya. Pelbagai lagi cerita, fitnah dan penipuan tidak berasas direka untuk menyerang saya.

Kinki Ryusaki

10%2BSelebriti%2BTerkenal%2BYang%2BMenja

0 Response to "Siapa sangka inilah 10 selebriti terkenal yang menjadi mangsa kerakusan politik di Malaysia"

Post a Comment