Artis wanita terpaksa pasang bodyguard selepas terima mesej lucah


Ekoran menerima mesej berbaur lucah daripada individu yang tidak dikenali di Facebook sejak beberapa tahun lalu, penerbit dan pelakon A.Aida mengambil keputusan untuk mengupah pengawal keselamatan demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

Namun buat masa ini, dia belum membuat sebarang laporan polis kerana belum benar­benar mengancam keselamatannya. 

“Sudah beberapa tahun juga saya terima mesej gangguan seksual seperti gambar yang tidak sepatutnya menerusi ruangan mesej di laman sosial Facebook. Ada suatu masa individu itu menghantar gambar dan mesej hampir setiap hari”

 “Saya bimbang juga, namun setakat ini saya belum buat sebarang laporan polis kerana belum benarbenar mengancam keselamatan saya. Sejak itu juga saya ambil khidmat pengawal peribadi untuk menjaga saya ketika berada di luar”

 “Sekurang­kurangnya bila ada pengawal peribadi saya tidak risau tentang keselamatan selain dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” jelasnya seperti yang dilaporkan mStar online.

0 Response to "Artis wanita terpaksa pasang bodyguard selepas terima mesej lucah"

Post a Comment